Wednesday, June 8, 2011

Mee Sedap

anda pernah makan Mee Sedap(perisa asli) yg berkuah? ini ceritanya ;

pada pukul 5:23a.m, saya tersangatlah lapar. rasa mcm malas nk keluar membeli makanan(saya di rumah Pon) dan saya pun bercadang untuk membuat Mee Sedap. best rasanya kalau makan Mee Goreng di pagi buta ni kn?

selepas itu, dengan sepantas "naik gerek turun gon" saya pergi memanaskan air. setelah air itu panas, saya pergi ke dapur untuk membasuh mangkuk di dalam sinki. saya mengambil bungkusan Mee Sedap dan membukanya. saya hancurkan Mee itu dan letakkan Mee yg hancur itu ke dalam mangkuk. tanpa berfikir panjang, saya membuka plastik sos, kicap dan juga minyak yg telah disediakan. saya masukkan ketiga-tiga benda itu kedalam Mee saya. selepas itu saya terdiam seketika. baru saya sedar yg saya tidak memasukkan air panas terlebih dahulu di dalam mangkuk. terasa diri saya "mangkuk" seketika. haha. oleh sebab saya lapar dan malas untuk membuka lagi 1 bungkus Mee itu, saya memasukkan air panas ke dalam mangkuk yg mengandungi Mee serta sos, kicap dan minyak. saya buka lagi 2 bungkusan(perencah dan kriuk kriuk asli ♥) dan masukkannya ke dalam mangkuk. tanpa menunggu Mee itu kembang, saya terus "kacau" Mee tersebut sehinggalah segala benda alah yg berada di dalam mangkuk itu sebati. selepas itu, saya pun makan Mee Sedap(berkuah) yg SEDAP itu. hahaha.

*SEDAP. lapaq pnya pasai, trpksa makan. haha

No comments:

Post a Comment