Monday, May 23, 2011

percubaan pertama

aku berdiri bukan di alam fantasi
hampir setiap hari aku menghadapi hari yg sunyi
jiwaku terluka tiada yang menyedarinya
aku mahu mengubah arah, takut tersalah langkah
hati yg duka, orang sangka ku gembira
gelak tawaku tiada bau derita, di hati bagai ombak bergelora
aku tidak mahu begini, tapi aku harus menghadapi
impian berlari pergi, aku hanya bersendiri
aku ingin bahagia, gembira seperti insan yg lain juga
tapi tidak ku sangka, semua itu jauh dari pandangan mata
hidup bagai drama, entah bila saat akhirnya
aku menunggu, terpaku, fikiran bercelaru
luka lama masih berbau,
aku hanya membisu
aku mahu erti bahagia, sampai bila perlu ku tunggu?


aku mahu bangun, aku mahu berlari
mengatur langkah untuk bahagiakan diri
aku mahu diri ini dihargai, cuma untuk sekali
itu hanyalah harapan
aku tidak mampu mengubah takdir, hanya redha sehingga saat akhir



*percubaan pertama bt penulisan bhasa melayu. failed. haha

No comments:

Post a Comment